Sunday, September 14, 2008

rawatan pergigian dan hukumnya dalam islam


mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada saudara2 saya. saya juga terpanggil untuk menjawab kemusykilan pesakit2 saya yg saban hari datang bertanyakan perkara berkaitan topik ini, terutama semasa kita dalam bulan mulia ini. saya akan cuba meng-clarify-kan persoalan2 ini, tetapi kalau boleh jangan lah menganggap saya sebagai seorang yang expert dan arif tentang hukum agama kerana saya sekadar saudara biasa yang masih memerlukan banyak panduan.

soalan 1: apakah hukum memakai braces/pendakap gigi?

Memakai pendakap gigi dibolehkan kerana ia bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah. Mengubah ciptaan Allah adalah apabila seseorang itu mengubah sesuatu yang sememangnya normal. Pendakap gigi dipakai untuk membetulkan gigi yang bentuknya kurang normal, maka ia dibolehkan.

soalan 2: apa pula hukum membuat implant/bridge/crown? oleh kerana ia mengcover gigi kita, bukankah air wudhuk tidak akan dapat melalui gigi tersebut?

Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi.

soalan 3: bolehkah kita mendapatkan rawatan gigi dalam bulan ramadhan? tidakkah terbatal puasa kita? (soalan favourite pesakit).

list ini saya ambil dari terjemahan buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani yang mempublish Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan. (terima kasih PERMAYA)

perkara yang TIDAK membatalkan puasa dalam perubatan adalah seperti:

1. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.
2. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.
3. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

saya harap ini dapat membantu mengurangkan kemusykilan saudara2 saya supaya boleh mendapatkan rawatan gigi dengan lapang hati, terutama dalam bulan ramadhan ini. namun mungkin harus saya nyatakan di sini sekiranya kita masih was-was, contohnya kita takut tertelan air semasa scaling, maka eloklah delay rawatan scaling itu sehingga selepas waktu berbuka.

maklumat yang saya gunakan pada post ini saya dapat dari:
- website MUIS (majlis ugama islam singapura)
- website Unit Penterjemahan & Penyelidikan PERMAYA (persatuan pelajar Malaysia Yaman)
- zaharuddin.net

mohon betulkan saya sekiranya ada maklumat yang saya dapat disini adalah salah.
Selamat Berpuasa Dan Menyambut Aidilfitri. :)