Tuesday, August 18, 2009

ramadhan al mubarak

salam semua,
bulan yang dimuliakan Allah ini menjengah lagi. tiba masa untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan amalan kita pada masa pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk kita.... (dan ini adalah untuk peringatan saya secara personal..)

di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim yang ditanya berkaitan rawatan pergigian di bulan puasa. soalan2 dan jawapan2 yg saya sertakan di sini saya kumpul dari various official websites dan diharap akan sedikit sebyk membantu meng'clarify'kan kemusykilan kita...


Apakah hukum memberus gigi selepas subuh ketika berpuasa?

Sengaja bersugi atau memberus gigi dengan benda basah atau kering ketika berpuasa tidak membatalkan puasa. Namun, memberus gigi selepas gelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut adalah makruh hukumnya.


Saya tertidur selepas bersahur dan apabila bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh saya mendapati ada cebisan makanan terdapat didalam mulut. Persoalannya ialah - bagaimana hukum pada puasa saya itu?

Hendaklah dibersihkan cebisan makanan tersebut kerana apabila ditelan ia akan membatalkan puasa. Sah puasa memberus gigi sesudah masuk waktu subuh.


Apakah hukumnya mencabut gigi di bulan Ramadhan?

Hukumnya makruh tetapi tidak membatalkan puasa.


Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?

Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia meggosoknya.


Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.



Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

Batal puasanya.






sumber dari:

website jabatan mufti kerajaan negeri, negeri sembilan
berita harian online