Sunday, September 14, 2008

rawatan pergigian dan hukumnya dalam islam


mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada saudara2 saya. saya juga terpanggil untuk menjawab kemusykilan pesakit2 saya yg saban hari datang bertanyakan perkara berkaitan topik ini, terutama semasa kita dalam bulan mulia ini. saya akan cuba meng-clarify-kan persoalan2 ini, tetapi kalau boleh jangan lah menganggap saya sebagai seorang yang expert dan arif tentang hukum agama kerana saya sekadar saudara biasa yang masih memerlukan banyak panduan.

soalan 1: apakah hukum memakai braces/pendakap gigi?

Memakai pendakap gigi dibolehkan kerana ia bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah. Mengubah ciptaan Allah adalah apabila seseorang itu mengubah sesuatu yang sememangnya normal. Pendakap gigi dipakai untuk membetulkan gigi yang bentuknya kurang normal, maka ia dibolehkan.

soalan 2: apa pula hukum membuat implant/bridge/crown? oleh kerana ia mengcover gigi kita, bukankah air wudhuk tidak akan dapat melalui gigi tersebut?

Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumur-kumur masih sah. Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi.

soalan 3: bolehkah kita mendapatkan rawatan gigi dalam bulan ramadhan? tidakkah terbatal puasa kita? (soalan favourite pesakit).

list ini saya ambil dari terjemahan buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani yang mempublish Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan. (terima kasih PERMAYA)

perkara yang TIDAK membatalkan puasa dalam perubatan adalah seperti:

1. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.
2. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.
3. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

saya harap ini dapat membantu mengurangkan kemusykilan saudara2 saya supaya boleh mendapatkan rawatan gigi dengan lapang hati, terutama dalam bulan ramadhan ini. namun mungkin harus saya nyatakan di sini sekiranya kita masih was-was, contohnya kita takut tertelan air semasa scaling, maka eloklah delay rawatan scaling itu sehingga selepas waktu berbuka.

maklumat yang saya gunakan pada post ini saya dapat dari:
- website MUIS (majlis ugama islam singapura)
- website Unit Penterjemahan & Penyelidikan PERMAYA (persatuan pelajar Malaysia Yaman)
- zaharuddin.net

mohon betulkan saya sekiranya ada maklumat yang saya dapat disini adalah salah.
Selamat Berpuasa Dan Menyambut Aidilfitri. :)






84 comments:

Anonymous said...

Doktr...Aslkum...saya nak wat rawatan pakai pendkp gigi...tapi takut mahal...boleh dr bg anggaran kos first time dtg dan bayaran setiap kali dtg..
Masalah gigi saya...geraham belakang tumbuh ke hadapan bukan keatas...gigi sedikit jongang didepan...taring agak jelas kelihatan...sering tergigit bahagian tepi dinding dlm mulut...plzzzz Dr.....bantu saya...email kat saya...jawapan dr yer...saya tunggu...Lokasi saya di cheras...bantu saya...herymarlinda@yahoo.com

DrA said...

hi,
first sekali, awak tak bgtau umur awak... kalau 17thn ke bwh, awak masih boleh register nama di klinik kerajaan. kosnya hanya rm500 sahaja. malangnya klinik kerajaan tak terima pesakit 17thn ke atas, so kalau mcmtu mmg hanya boleh dapatkan rawatan di klinik swasta. kosnya average dalam rm1500 semasa pasang braces tuh, n dalam rm150-200 untuk bulanan hingga mencapai maksimum dalam rm4500 (termasuk rm1500 yg awal2 tuh).perkara ini saya dah explain dgn detail pada posting bulan julai 2008 saya.
tq!

Anonymous said...

Assalamualaikum Doktor,
Saya tidak mempunyai 3 gigi dibahagian atas ( satu disebelah kiri) dan satu diselah kanan.baru-baru ni saya menjalani rawatan crown pada sebelah gigi kiri. Kos rawatan berjumlah rm1600(dua batang gigi-rawatan crown perlu dibuat pd sebelah gigi yang tiada). Apabila memikirkan harga untuk buat diselah kanan pula (2 batang gigi tiada melibatkan 4 batang gigi), hampir rm3000. Amat mahal kos rawatan, tolonglah dr. macam mane cara terbaik sy leh dapat, sy perlukan rawatan tu sebab tidak selesa dengan gigi palsu. Saya amat berharap agar dapat senyum semula. Terima kasih dr.

DrA said...

Wa'alaikumsalam
dari apa yg saya faham awak buat bridge untuk gantikan gigi awak yg hilang, kan?
untuk 4 unit bridge (hilang 2 batang gigi yg mana rawatan melibatkan 4 btg gigi)memang mahal sikit la. cuma rm3000 tu memang agak mahal. tapi kes gigi hilang mcm kes awak paling sesuai buat rawatan bridge. awak buat rawatan di mana? kalau di kawasan lembah kelang memang mahal skit sbb labcharge diorg mahal. awak try survey klinik di luar lembah kelang, contoh di seremban atau nilai, mungkin boleh dapat dalam rm2000.

Anonymous said...

Assalamualaikum Doktor,
Sy mempunyai masalah 2 batang gigi atas dibahagian tengah yg sudah agk rosak dan doktor menyarankn sy agr membuat rawatan crown. Sy difahamkn sekiranya hendak mmbuat rawatan crown,kite perlu mmbuat rawatan akar dulu,tapi doktor penah bgtau sy kalo hendak mmbuat crown,ia melibatkn 4 batang gigi sy (bahagian atas). Bolehkah Dr. bgtau jumlah kos rawatan sy.
Selain itu, sy mmpunyai gigi yg xrate di bhgn bwh(ketinggian gigi tidak same), apekah rawatan yg boleh sy gunekan dan berapakah kos rawatannye..dan sekiranye kite ingin mmbuat rawatan pemutihan gigi,apekah rawatan yg paling bekesan..Terima kasih Dr.

DrA said...

Wa'alaikumsalam
gigi depan atas yg dah rosak memang elok dan cun kalau buat crowning tapi rawatan akar tuh bergantung pd keperluan, i.e kalau gigi tu rosak sampai melibatkan saraf. kalau tak, takyahle buat rawatan akar tuh, jimat skit. kalau tak pun boleh je buat rawatan akar later, selepas buat crown tuh. mmg dr akan suggest buat 4 gigi depan sekali, that way dia nampak lagi cantik. satu crown utk satu gigi biasanya dalam rm500 n rawatan akar utk 1 gigi depan biasa dalam rm200.
whitening pulak, kalau awak mmg nak buat crowning utk gigi depan mintak la dr awak buat kaler yg putih. so awak dpt gigi yg permanently putih. tuh sebabla lagi cantik kalau buat sekali 4-6 btg gigi, okay!

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.,
Tempohari saya ada membuat gigi palsu. Namun pada hari tersebut saya berpuasa sunat. Adakah sah puasa saya?
Terima kasih.

DrA said...

Wa'alaikumsalam,
kalau awak takde telan apa2 bahan yg kita guna dalam mulut awak, insyaAllah sah puasa awak. kalau TERtelan pun insyaAllah sah. yg penting yakin, cuba untuk tak was-was.

Anonymous said...

Assalamualaikum DR.

Saya tertarik untuk buat rawatan utk membetulkan gigi yang tak sekata pada bahagian depan/atas. Saya mempunyai 2 gigi depan yang tak sama panjang dan 2 gigi taring yang agak terkeluar dan panjang.. kalau nak senyum kena cover la sikit. Saya dapat tau skrg ni ada kaedah rawatan yang boleh susun semula gigi yang tak sekata tu dengan cepat...seperti pelajar AF7 tu buat (Aishah)nampak cantik. Apa rawatan yang saya sepatutnya kena buat doc? Betul ke kalau nak buat kena cabut gigi yang bermasalah tu and then kena buat bridge ke? Teknologi tu di buat oleh Livingwell's dental centers kat Ampang tu (website: livingwell.com.my). Katanya tak sakit and cepat. Tak payah pakai pendakap gigi. Agak2 berapa kos nya doc? Pls response.. TQ

DrA said...

dear anonymous,
memang ada rawatan yg cepat untuk ratakan gigi, kita panggil aesthetic veneers. keperluan cabutan tu bergantung pada how bad ke-takrataan gigi awak tuh. harga veneer agak mahal sbb teknologi pembuatan dia rumit. it can cost you about rm800 per tooth, n we usually do it in pairs, maknanya 2/4/6/8 gigi depan. mcm your case mb awak nak buat dari taring ke taring, so kos rawatan ialah rm800x6gigi= rm4800. tapi rawatan nih memang cepat, mudah, tak sakit berbanding braces n hasilnya memang teramatla cun. however saya tak tau harga kat livingwell, but generally harga kat kl is about 50% higher compared to tpt lain.

Anonymous said...

Doc, appreciated for your adviced. Need further info to that, selain Livinwell tu ada lagi ke tempat lain yang sama teknologi sama? Kat mana boleh survey lagi doc?? Thanks

LEEN said...

dr, boleh ke kalau saya pegi ke klinik doktor utk dpt kan nasihat je dulu? saya ada gigi berlapis di bahagian atas depan, tp satu je yg berlapis. saya nak tau bajet dulu, jd boleh ke pegi je klinik dulu, dokter check pastu bgtau bape bajetnye. takut kang dh siap2 buat, tak mampu plak! hehehe! abis kene cabut blk, hehe =P

DrA said...

to anonymous;
teknologi kat livingwell tu teramat canggih, kalau tak silap hanya ada 1-2 klinik je yg offer teknologi yg sama, n semuanya kat kl. saya pun baru find out kos rawatan yg aishah af tu buat adalah RM25,000. lagi 2 klinik tu pun charge dia lebih kurang mcm tu jugak. if you're concern about the cost, saya cadangkan awak try yg conventional method mcm yg saya mention sebelum ni(yg bukan computerized tooth data). hasilnya pun kalaupun tak perfect mcm digitized modelling tapi masih lagi cantik dan kosnya masih affordable.
to leen:
datang 4 check-up sgtla dialu-alukan... kita pun taknakla straight away buat treatment esp kalau awak tak ready. check up dulu, bincang2 pasal treatment options pastu balik rumah n baru decide.. dont worry, kita tak paksa patient buat rawatan... :)

Anonymous said...

Hi doc, nk tanya kaedah apa yang sesuai n berpatutan untuk gigi saya, gigi atas saya tak cukup ada 3 batang tgh n ada taring kiri n kanan. 2 batang yg tengah ada gap n yang satu lagi tuh gigi nya kecil n runcing..n brapa agknya kos nya untuk mencantikkan gigi saya nih...

DrA said...

to anon,
hmm susah gak saya nak bayangkan gigi awak tu cemana.. why dont awak buat check up n dapatkan opinion masa tuh? tapi yg dapat saya agak, most probably awak perlu buat braces dan diikuti dgn bridge selepas complete rawatan braces tuh... kos dia pun as i mentioned earlier, masa check up pun boleh discuss.. gigi kecil runcing tu kita panggil 'peg-shaped lateral incisors'.. dah lama ke cabut gigi tuh? sayangnye... saya selalu suka tgk org yg ada peg-shaped incisors ni, bila senyum selalu nampak sweet!

Anonymous said...

salam doc..
gigi sy yg atas sbelah kanan ok tp yg sbelah kiri atas xrata drpd tgh gigi depan smp gigi yg ketiga(gigi taring)..yg tgh gigi depan tu terkeluar then gigi sebelah dia ke dlm sikit je then gigi yg taring tu terkeluar balik sikit…
sy nk tnye kalau kes camni biasenye doc akan suh pakai braces atau ade alternatif lain??
kalau buat braces kat klinik doc brape anggaran harga dan tempoh pemakaiannya untuk kes gigi mcm sy?
thanx doc...

Anonymous said...

doctor..sy berasa begitu sedih dgn gigi crown sy bt kat klinik swasta di kelantan..sy bt crown.,sy tidak diberitahu ttg besi yang ada dalam gigi crown..hasilnya gigi crown sy nmpak mcm berkarat dekat gusi..klau sy tahu crown ada 2 jenis.sy dh suruh doc tu buat yang semuanya proselin,,sy snggup mengeluarkan wang tabung utk gigi crown..tp malangny gigi crown sy nmpak berkarat..rm 400 seolah2 tiada hasil.brp crown yang smuany proselin doc?

DrA said...

to anon no.1:
ermm agak susah saya nak imagine gigi awak cemana, tapi semua masalah alternative treatment mmg ade.. saya rasa lebih baik awak dapatkan consultation di klinik. tak perlu dptkan rawatan terus, just bincang2 je dgn dr tentang option2 yg awak ada...
to anon no.2:
crown yg takde metal kat dlm dibuat drpd ceramic n not porcelain. kosnya untuk satu gigi adalah rm900. terdapat beberapa klinik around kl yg boleh buat corrective treatment pd crown yg nampak besi kat bhgian gusi tuh. cuba awak survey. that way awak boleh improve appearance crown awak n tak perlu buat semula rawatan tu, betul tak?

Anonymous said...

Sy nak buat whitening package kat kl,tak tau mn tmpt yg ok..Ni nak minta suggestion dr doktor.Dental-Pro offer 1500 for whitening package,ok ke tu??Living well 2500,i pun tak tau camne svc kat dentalpro tu ok ke tak sebab i ni dr sarawak.Kalau nak buat gigi rata camne pula ya,tp tak nk pakai braces.Satu lagi dok,sy nk tanya gusi saya selalu berdarah selepas sy mjlnkn rawatan cuci gigi,sampai skrg sy tak berani p klinik cuci gigi..Ada rawatan supaya gusi saya tak sensitif apabila diberus..?help me dok..

veronica said...

Sy nak buat whitening package kat kl,tak tau mn tmpt yg ok..Ni nak minta suggestion dr doktor.Dental-Pro offer 1500 for whitening package,ok ke tu??Living well 2500,i pun tak tau camne svc kat dentalpro tu ok ke tak sebab i ni dr sarawak.Kalau nak buat gigi rata camne pula ya,tp tak nk pakai braces.Satu lagi dok,sy nk tanya gusi saya selalu berdarah selepas sy mjlnkn rawatan cuci gigi,sampai skrg sy tak berani p klinik cuci gigi..Ada rawatan supaya gusi saya tak sensitif apabila diberus..?help me dok..

Aku Kusut!! said...

salam..

sy ade masalah dengan gigi depan sebelah kiri sy.. gigi tu gigi susu.. skang ni umo sy da 21 taun.. kadang2 gigi tu rase sakit sgt.. penah jumpe dengan docte kat klinik terdekat..dokte tu cume cakap biakan je dulu.. pe yang patot sy buat?? selain tu sy ade gigi taring yang tumbuh secara tebalik..n membuatkan gg sy nampak terkeluar dan rongak.. ape rawatan yang sesuai perlu sy buat??

DrA said...

hi mira,
kalau gigi susu biasanya kita cabut dan gantikan dgn gigi palsu. gigi palsu pulak biasanya yg terus disimen ke gigi (bridge) n bukan yg boleh bukak tuh. gigi taring tuh boleh dibentuk semula ikut bentuk yg sepatutnya samada dengan composite atau crown.

Anonymous said...

salam.

sy ada masalah berkenaan gigi geraham sy yg sudah rosak teruk selama 6 tahun...
masalah sy begini....gigi geraham saya telah berlubang 2 btg yg bersebelahan dan reput sehingga hanya tinggal separuh didlm gusi...kali terakhir sy buat rawatan pd 2004..
sy sudah terlampau tidak rasa selesa skrg ni kerana semakin sy biarkan semakin teruk...gusi kadg2 jd bernanah dah mulut sy jd berbau akibat dr kerosakn gigi yg teruk ni...ini mnjdikan sy tidak yakin utk berhadapan dgn public...ape yg perlu sy buat memandangkn gigi geraham sy mmg sudah patah separuh dn jika dicabut akarnye adakah sy bole membuat bridge gigi utk menutup kerongakan gigi sy? dan brp anggaran kos yg diperlukan utk bridge 2 btg gigi yg sudah hilang ni?...harap dpt bantu..tq.

DrA said...

salam,
bridge memangla best choice untuk ganti gigi yg dah dicabut, tapi kena buat check up dulu untuk tgk kesesuaiannye sbb bukan semua gigi yg dicabut boleh diganti dgn bridge. kalau buat bridge untuk ganti 2 btg gigi anggaran kosnya dlm rm2000-rm2500. option lain yg kos lebih murah ialah buat gigi palsu. tapi if possible jgn delay lama sangat untuk ganti gigi selepas cabutan, sbb gigi yg tinggal boleh bergerak so nnti kawasan yg nak letak bridge/gigi palsu tuh boleh mengecil.

Anonymous said...

Dr, tumpang tanya, kalau buat bridge klinik mana yang baik penghasilannya di sekitar luar kl? Saya ni baru lepas xcident sbulan lalu, masih sedih and x dpt terima kenyataan sebab selama ni saya cukup jaga gigi saya n xde masalah pun..gigi yang hilang tu di bahagian depan n disebelahnye dah sempek jadi gigi saya tu dah jadi nipis..ada harapan ke nak buat bridge?? Kalau boleh emel saya ke add nie, wdt_luna@yahoo.com

Anonymous said...

salam Dr,

saya seorang gadis berumur 22 tahun. saya mempunyai masalah pada barisan gigi atas hadapan. ini kerana ada sebatang gigi(gigi ke-3 dari tengah) yang tidak tumbuh sejak saya berumur 9 tahun.ini menyebabkan gigi saya menjadi jarang dan meninggalkan ruang yang agak besar. untuk pengetahuan doktor terdapat 5 ruang kosong yang sederhana dan 1 ruang kosong yang agak besar iaitu dikawasan gigi yang tak tumbuh itu(jarang) pada gigi barisan atas hadapan.
pada pendapat doktor rawatan apakah yang sesuai untuk masalah saya ini?
satu lagi, bolehkah saya lakukan rawatan bridge dan berapakah kosnya? harap doktor dapat bantu saya, ini kerana saya merasa kurang yakin dan segan bila berhadapan dengan orang ramai.

terima kasih.

alenamiszy said...

Dr..gigi saya masih ada kesemuanya tp saya mmpunyai msalah gigi yg plg teruk...dua gigi depan saya bertampal..so nmpak teruk sgt..kemudian ada 6 btg gigi sya yg lain rosak..mgkin disebabkan kedudukan gigi sya yg berlapis-lapis..sy jd kurg prcaya didi dan terlalu pndiam..apa rawatan yg sesuai bg sya..adakah rawatan aesthetic veneers sesuai bg saya??dan berapa kosnya..tlglah bantu sya dr..

syah said...

salam DR...saya ada massalah sikit...saya ada 6 batang gigi susu yang masih belum patah..dan gigi kekaal x tumbuh pun....baru2 ni,ada 1 gigi 1 gigi susu saya di bahagian depan bawah patah.tpi smpai skg,x tumbuh pun gigi kekal...malah,salah 1 gigi saya di bahagian bawah iaitu no.2 selepas gusi pun patah,x pi x tumbuh gigi kekal pun.ini mneyebabkan gigi saya jarang...manakala gigi depan bahagian atas jarang..tolng lah sy DR...mgapa jadi begini??bagaimna dgn gigi palsu?

DrA said...

salam...
wah byk rupanya komen yg saya tak sempat attend lagi. maaf ya, saya agak sibuk kebelakangan ini.

to anon,
awak baru umur 22 tahun, and untuk masalah gigi jarang solution paling best untuk awak ialah braces! kalau pakai braces sbb gigi jarang, dalam 3-6 bulan camtu dah nampak improvement nya. as for bridge, kalau gigi awak takde problem berlubang, saya still rasa braces is the best. bridge ni hanya boleh dibuat kalau space yg ada tu besar enough untuk letak sebtg gigi.

to alena,
nampaknya untuk awak mmg veneer atau crowning paling baik. kosnya dlm rm800-rm1000 untuk satu btg. kalau awak rasa terlalu mahal, awak cubala negotiate dgn dentist awak untuk bayar secara ansuran, okay?

to syah,
ermmm.... awak tak bgtau saya umur awak, agak susah saya nak komen... sbb ada certain umur adalah normal untuk gigi susu belum diganti oleh gigi kekal lagi.... atau mungkin itu adalah gigi kekal awak, tapi saiznya maybe lebih kecil dari biasa? mungkin lebih baik untuk awk buat dental check-up.. cara tuh dentist awak boleh explain option awak dgn lebih baik...

Marina said...

Salam Doc,

Saya nak tanya sekiranya saya mempunyai 3 gigi yang ber'crowining', masih bolehkah saya membuat rawatan braces?

DrA said...

hi marina,
gigi crowning tu ke yg awak nak betulkan kedudukannya? kalau ye, agak susah skit sbb the metal brace tu susah nak lekat atas crown. kalau gigi lain yg awak nak gerakkan then no problemo!

Anonymous said...

dr,
boleh tak dr suggest kan klinik pergigian yang baik dan boleh dipercayai di sekitar johor untuk buat rawatan gigi

DrA said...

hi anon,
cuba pergi ke klinik pergigian irma ariandi di plaza larkin. dan bila awak di sana sampaikan salam saya kpd dr irma, ye! :)

umie said...

a'kum dr,

5 tahun lalu saya menggantikan gigi depan yang rosak dengan kaedah menyarung akar gigi, saya dah lupa apa nama kaedah rawatan ni, sekarang gigi saya menjadi longgar...saya pernah melakukan x-ray, dr mengatakan bahan yang menyarung gigi akar gigi(menyerupai gigi sebenar) retak..bolehkah saya menggantikan sarung yang baru... atau ada kaedah lain yang lebih baik

Anonymous said...

salam. doc, saya plan nk pkai braces coz gigi x teratur. tapi gigi saya yang 4 batang gigi saya yg depan rosak dan slalu tampal, salah satunya penah wat rwtn akar tapi dah jd hitam, so doc, boleh ke saya stil pakai braces..berbaloi kah?

Ayusterrr said...

salam doc,

sy nk tnya pasal crowning and RCT. sy dah buat RCT dlm 3 thn lepas utk satu batang gigi depan. tp baru sekarang sy terfikir nk buat crowning sbb bila buat tampalan utk gigi ni, makin lama tampalan dia jadi warna hitam. so nmpk buruk sgt. jd RCT yg sy buat tu kena buat lagi skali ke? dan sy dpt info, klu buat crowning dia ada dua, satu dia guna metal yg agak murah kosnya, satu guna porcelain yg agak mahal kosnya. katakanlah sy ambil cara satu, agak2 nmpk sgt ke metal dkt crowning tu nnt?

maaf byk sgt soalan. :)
terima kasih.

Anonymous said...

salam..doc,saya plan nak wat braces tu tapi bleh saya tahu brapa thun kene pkai??

DrA said...

salam umi, sorry i missed out on your comment..
kalau crown retak boleh gi hantar repair, no problem. but kalau the gigi itself yg retak then bergantung pada berapa byk dia retak, either boleh buat new crown with post core atau kena cabut gigi tu n ganti dgn bridge.

DrA said...

hi,
to anon 14/1,
pada saya your best option is crowning pada all 4 teeth. lagi cun! braces is not suitable for your problem..

to ayusterr,
kalau gigi tak sakit takyah la buat rct lagi sekali. kalau crown yg porcelain-fused with metal cantik tapi sbb ada metal tu gusi kita mungkin nampak shadow dia so gusi nampak gelap skit. but on the brighter side, gusi kaler gelap buat gigi nampak extra putih!!

to anon 24/2,
umur awak berapa?
kalau awak 17 thn kebwh then pakai braces dlm 2 thn je. kalau awak 17 thn ke atas tempoh pakai braces jadi 2 1/2 thn ke atas.

Anonymous said...

salam dktr.sy nk ty klu wt crown kt klinik dktr brape kos nye?

Anonymous said...

askum dr...bumur 20 thun dan berminat nk mengunakan pendakap gigi..disebab kan gigi dpan,atas sy berselisih..serta gigi bwah saya agak tidak teratur dan jika tidak dijaga,menyebabkan karang gigi..sy mahu tahu cos rawatan pendakap gigi serta effectny kepada penguna dan juga penjagaanny..lg satu,jikalau saya dtg ke klinik swasta biasa,adakah serta-merta braces akn dipasang atau ada treatment lain??
email:teddy90_wanted@yahoo.com

Anonymous said...

salam wbt...

dr,

nak tanya, kalau pakai removal braces, boleh ke repair crooked teeth? gigi saya 2 yang depan, belah atas senget ke tengah.

gigi saya yang bawah tuh jarang2.. removal braces pun boleh ke improve sket kejarangan gigi?

thank u dr

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr,
There is crack line on my teeth and i'm wearing a retainer which attached to the teeth. It cause me so much pain either when i'm wearing or not wearing the retainer. The pain get worse day by day. i've go to the dentist and he suggested me to do crowns. But, i'm wondering if i do crowns, can i still wear the retainer.

ayu said...

salam dr.
saya berumur 26thn..sy ada masalah bkaitan sebatang gigi di bahagian depan (atas)..masalah bermula sejak tahun 1999,gigi susu sy patah,tapi,gigi kekal tidak turun sehingga hr ini..walaubagaimanapun,saya telah mengenakan gigi palsu pada tahun 2000 dan xpernah bertukar gigi lain sehingga hari ini..apa pandangan Dr.,jika saya bercadang untuk membuat implant seandainya masalah gigi kekal sedia ada tidak dapat diselesaikan..

apakah :
1)kesannya terhadap gigi kekal yang masih tinggal..
2)kesan jangka panjang bg rawatan implant?
3)kos bg rawatan implant

Anonymous said...

salam dr.
saya ayu berumur 26thn..saya kehilangan sebatang gigi susu pada tahun 1999 (dibahagian atas (hadapan)..walaubagaimanapun gigi kekal yang saya harapkan akan keluar masih tidak keluar hingga hari ini..(seandainya disentuh menggunakan jari,terasa seperti ade tunggul timbul dbahagian atas gusi) saya telah memakai gigi palsu sejak tahun 2000 sehingga kini..saya berhasrat untuk membuat implant(jika masalah gigi kekal ini tidak dapat diselesaikan)..

soalan saya..
1)apakah kesan jangka panjang jika sy membuat implant??

2)berapakah kos untuk membuat sebatang gigi implant..

terima kasih..

Anonymous said...

hai doc,

sye harap dr dpt beri pandangan tentang masalah sy.. satu dari gigi atas sye agak tidak sekata dan senget, sy bercadang untuk mendapatkan pedakap gigi bagi membetulkan kedudukan gigi sy.. tp kos pendakap gigi agak tinggi dan menakutkan.. pada pendapat doc, apakah rawatan terbaik untuk masalah sy?? dan berapakah kos memasang pendakap gigi bg bahagian atas sahaja?

Anonymous said...

dr...
saye ade masalah ngan gg saye nie..dulu saye penah buat crowning tapi malangnyer crowning tue tak ley berfungsi lagi sbb gg dalam retak..so buang crowning and ade tggl tunggul jer, dentist tue letak skru pade gg saye and hanye gune composite tuk gg tue..saye tak suke teksturnye dan saye nak tanye doc kalau saye cbut jer dan buat bridge..berapa jangka masa baru boley buat.ye la kan..takkan nak biar tade gg depan..tolobg saye doc...and kat areak cheras or ampang mane klinik yg ok..tq sangat doc...

Anonymous said...

Salam Dr..

saya nak tanya agak2 brape kos nak buat reconstruction di living well kalo 2 gigi taring tumbuh di atas dan gigi hadapan jarak skit? plzz inform sy..
tq..Dr

Anonymous said...

Salam Dr,

Saya mempunyai masalah 1)gigi renggang di bahagian depan (bawah) 2)gigi geraham luruh (masalah gusi) di kiri (2 btg) dan kanan (4 btg). Apakah rawatan yang sesuai dan berapakah kosnya? Boleh tak Dr. tlg suggest desntist di kawasan seberang prai, penang? terima kasih byk2....

SARAH said...

Salam, doktor. Gigi geraham belakang bahagian bawah kiri dan kanan saya tumbuh melintang instead of tumbuh ke atas. Belah kiri dah cabut. Belah kanan belum lagi. Saya dah jumpe doktor dekat2 umah saya dan die dah buat x-ray, die kate gigi tu ade kena saraf deria rasa saya. So, nak buat surgery tu ade risiko. Patut ke saya cabut?

Mrs. Wahida (わひだ) said...

salam..sy nk tny..sy ada 2 batang gg yang rosak,atas depan n belakang..gg yg rosak ni kena wat rct n crowning..jd,
klu sy nk selamatkan gg depan dl bleh ke,mksud sy wat utk gg depan dl?sepaham sy utk wat rct ni,kena x-ray dl..tkut la memudaratkan kesihatan..

Anonymous said...

Salam Doc..

saya ada masalah 2 gigi atas di depan yg agk jongang..gigi lain ok..so nk mntak opinion doc ape yg patut sy buat tuk repair blk gigi sy ni..samada cabut then buat gigi palsu or pakai braces?

Anonymous said...

salam doc...saya nak tanya kalau saya pki braces kekal means saya tak boleh buka braces tu untuk tempoh tertentu kan...kalau saya nk mandi wajib boleh dikire sah ke memandangkan air mungkin tak terkena bahagian yang dilindung braces...

Anonymous said...

assalamulaikum doc..brape kos untuk buat white fillings?dikira dari segi ape?ape beza white and composite fillings?

Anonymous said...

salam doc

saya berumur 21 tahun,saya ada mslh gigi yang jarang...jarang d bahgian gg ats dan gg bawah.....tp mgkn ia memerlukan kos yg mahal untuk buat bridge....ape ptt sya bt doc..sye xnak pkai gg plsu..sbb gg sye xbruk lagi...

Anonymous said...

Dr, sy nk buat rawatan pemutihan gigi tapi 2 gigi depan saya telah ditampal, adakah selepas pemutihan, gigi yang ditampal itu turut putih atau kekal warna tampalan..

Anonymous said...

salam...doc
1...aada efect x pada kita punya dentin n pulp kalau buat crowning,.,,or adakah gigi akn jd snsitif
2...mcamna kalau org yg da mnigal buat crowning??perlu dibuang crown tu x??

nana said...

salam doc...saya berumur 28 tahun...walaupun saya tgk dah agak lama doc tak reply comment, tapi sy tetap nak cuba bertanya....gigi geraham sebelah taring saya retak dan tercabut baru2 ini...saya rasa rendah diri dan malu.yang membimbangkan saya, gigi tersebut tidak tercabut sepenuhnya..ada sedikit tunggul yang tertinggal.dan gigi geraham bersebelahan nampak seperti berlubang.saya ingin memakai gigi palsu.tetapi adakah ianya sesuai untuk saya?bagaimana dengan kos untuk membuang tunggul gigi di klinik?adakah ianya melibatkan kos yang mahal? dan apakah jalan terbaik untuk gigi yang berlubang tersebut...tq doc..

Anonymous said...

slm w.b.t

sy seorang prmpuan, berusia 22 tahun. masalah sy ialah, 2 batang gigi hadapan sy renggang kedudukannya. jd, adakah terdapat sebarang perawatan untuk merapatkan kembali kedudukan gigi yang renggang itu? kalau ada, berapakah jangkaan kosnya? tq 4 your attention.

Anonymous said...

salam doc...
7 tahun lepas sy buat 5 btg bridge utk gigi atas..n tahun lepas salah satu bridge sy tu retak..adakah sy perlu buat semula bridge tu?skrg ni rasa bridge sy dah longgar n kdg2 rasa ngilu..sy pernah ke klinik gigi tp doc tu kata tak tau untuk selesaikan masalah sy..hrp dpt penjelasan dr doc..tQ

Anonymous said...

Salam, dr... i semenjak tumbuh gigi baru, mmg natural warna kuning..skrg i dah 22 y/o..looks like ada 1 line kuning all front tooth.. i pernah dengar yg tu d sebabkan oleh meds yg di ambil oleh ibu.. i nak tnya, rawatan apa yg sesuai untuk saya.. whitening atau crowning?

~~wani~~

The As-Syafieans ! said...

doc , kalau buat braces kat klinik doc , berape harganye doc ?

Anonymous said...

assalamualaikum doc

saya mempunyai masalah gigi depan yang tidak rata..the prob is salah satu drpd dua gigi dpn tersebut pecah dan telah ditampal dua kali..jika igin membuat rawatan, adakah saya perlu memakai braces + crown (untuk 1 gigi dpn yg rosak)?

Anonymous said...

Salam doktor..saya berumur 22thun..sekarang nie masih study ..sy ada masalah gigi dibahagian atas,sebenrnye dulu ok tp lama2 kelihatan gigi kacip sehingga ke garham kedalam..nampak macam gigi saya senget..pada baris bawah kelihatan kedepan akibt dri gigi atas..bagaimana doktor??adakah saya perlu memakai braces??dan gusi saya sering berdarah..saya risau..

Anonymous said...

salam DR. saya ada buat rct dgn crown pada gigi depan tahun lalu,tp wrna crown dgn gigi asal tak begitu sama.kdg2 nak senyum pn serba salah,pas2 gigi 2 nmpk tebal dr yg lain. ble tak crown 2 d'ganti? ataupun skiranya sy nak bt pmutihan ble tak ikut wrna gigi yg dah psang crown 2?

Anonymous said...

Dr... saya mempunyai masalah berkaitan gigi.. dimana saya berasa tidak selesa kerana 2 gigi depan atas agak jongang ke depan.. ini menyebabkan apabila saya menggigit gigi atas dan bawah tidak sama...soalan saya bolehkan saya mendapatkan rawatan sedangkan saya telah berumur 39 tahun.. jika boleh..apakah rawatannya..kos dan dimanakah rawatan yang saya boleh dapatkan...

adam said...

assalamualaikum doctor gigi ;)

umur saya 25 dan lelaki ,saya nak tanye beberapa soalan,
gigi saya pernah terlanggar benda keras jadi gigi saya retak tinggal separuh , setelah sekian lama sya biarkan ia separuh lama kelamaan ia menjadi kuning , ia dibahagian depan belah kanan jadi disebabkan itu senyuman saya kurang cun jadi saya nak tanya apakah patut saya lakukan adakan melakukan keadah crown?
dan berapakah kos nya

Afiqah said...

Salam doc. saya dah lame teringin nk pakai braces. masalh gigi sy hnyalah jongang dibhgian dpan gigi ats sy. Boleh tak kalo kite just mintak nk pkai braces ni pd bhgian gigi ats shja?

Anonymous said...

salam...doc ..saya selalu mengalami bengkak gusi...dan kadang2 sakit teramat di gigi depan saya...saya mempunyai gigi depan yang berlapis....apa yang patut saya buat ye....dan pernah sekali tu gusi depan saya bengkak dan ada isi warna oren berurat biru2 kenapa ye?? mohon terangkan

Nur said...
This comment has been removed by the author.
DrA said...

hi Nur,
kesan jangka panjang buat bridge kalau ikut kan takde, tapi penjagaan mesti sempurna. kalau tak jaga, gigi ape pun boleh rosak.. kan?
jenis bridge lak ada beberapa, most common would be yg buat drpd porcelain mcm crown gak. lagi satu yg common ialah yg diperbuat dr ceramic dan zirconia. jenis yg ni lebih cantik dari porcelain dan lebih mahal.

Anonymous said...

Doc.
Gigi saya brlubang.apakah cara untuk merawat gigi ini?adakah cabut je atau rawatan...

Anonymous said...

hi...nk tnya...sy nk pkai braces tp dgr kene cabut gigi...nk tnya boleh ke kte cabut gigi yg masih elok utk pkai braces...hehe

DrA said...

salam,
gigi berlubang boleh ditampal. kalau lubang terlalu dalam boleh buat rawatan akar dulu sebelum tampal macam biasa.
pakai braces ada yang tak perlu cabut gigi. tapi kalau nak tau perlu cabut ke tidak kena gi check up dulu.

Anonymous said...

hi doctor .
i want to braces my teeth ,it is how much ?
got colour ?

Unknown said...

salam doc... sy sblm ni pakai braces tp 1/2 way coz sy pening kepala.... gigi saya bwh shj yg jarang.... kalau buat tampalan composite elok tak doc...?? veener & crowning mana lg baguss ... need yr help plzzzz.... tq

IRMA NOVITA said...

As'kum saya Via.
saya mempunyai masalah mengunakan pendakap gigi tetapi tidak berjumpa dokter gigi selepas pasang pendakap. saya buat pendakap di indonesia 8 bulan lepas..bila duduk kat jb ingat kan ada klinik boleh sambung untuk rawatan,tapi saya tak jumpa lagi lah,kat mana ya dr untuk saya boleh sambung rawatan di johor ni.

Anonymous said...

salam
sy ad 2 soalan.
1.sy xcdent lam 7 taon yg lps. 1 btg gigi dpn takde. skg da mgecil ruangnya. if sy wat bridge, gigi tu saiz suma sama atau ikut ruang?
2.if wat brigde, then kita mninggal, blh cabut ke gigi tu or biarkan? ap hukum mnurut islam? setahu sy if mninggal semua yg palsu kene keluarkan.

Unknown said...

Asslmkm dr..sye ade masalah gigi taring yang sangat besar dan panjang..apekah hukum bile sye cabut taring sy? Lepas di cabut..ia akan menampakkan gap di antara gigi taring sye dgn gg tengah..adakah boleh tanam gigi?

Anonymous said...

salam dr. saya baru mencabut gigi geraham baru-baru ini (1 batang). rasa susah betul nak mengunyah... apa rawatan yang boleh saya ambil dan kos rawatan untuk sebatang gigi... saya rasa tertekan kerana tiada gigi tersebut...

Anonymous said...

Salam dr..
saya ada masalah gigi renggang di bhagian depan 2 batang.apakah rawatan sy dpt ambil? kalo pakai braces saya rase macam mustahil sebab renggang nya agak besar. time kasih

Unknown said...

Slm doc...sy berumur 22 tahun..saya ada mslh gigi sedikit jarang dibhgian hadapan. Gigi lain sume ok. Sy nk tny pndpt doc, better pkai braces or cr0wning ?? Kalo braces tu agk mahal bg sy..
Dan kalo kes mcm sy ni kos tuk pkai braces bagi gigi ats sahaja berape ye doc ??

Anonymous said...

Nak tahu kos untuk gigi gantian tanam tu baper harga untk sebatang dr

Anonymous said...

Hai dOc .. Saye umOr16 tahn .. Saye ad masalah 2 btang gigi depan saye agak besar dan ke depan .. Ad gigi taring di bhagian kanan .. Apakah yg perlu sy lakukan ?? Berapa kosnya dan berapa lama tempohnya ???????