bulan yang dimuliakan Allah ini menjengah lagi. tiba masa untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan amalan kita pada masa pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk kita.... (dan ini adalah untuk peringatan saya secara personal..)
di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim yang ditanya berkaitan rawatan pergigian di bulan puasa. soalan2 dan jawapan2 yg saya sertakan di sini saya kumpul dari various official websites dan diharap akan sedikit sebyk membantu meng'clarify'kan kemusykilan kita...
Apakah hukum memberus gigi selepas subuh ketika berpuasa?
Sengaja bersugi atau memberus gigi dengan benda basah atau kering ketika berpuasa tidak membatalkan puasa. Namun, memberus gigi selepas gelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut adalah makruh hukumnya.
Saya tertidur selepas bersahur dan apabila bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh saya mendapati ada cebisan makanan terdapat didalam mulut. Persoalannya ialah - bagaimana hukum pada puasa saya itu?
Hendaklah dibersihkan cebisan makanan tersebut kerana apabila ditelan ia akan membatalkan puasa. Sah puasa memberus gigi sesudah masuk waktu subuh.
Apakah hukumnya mencabut gigi di bulan Ramadhan?
Hukumnya makruh tetapi tidak membatalkan puasa.
Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia meggosoknya.
Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Batal puasanya.
sumber dari:
website jabatan mufti kerajaan negeri, negeri sembilan
berita harian online
2 comments:
salam, dr.
Doc, saya nie mempunyai masaalah 4 btg gigi yg tidak rata di bahagian atas. sekarang saya berumur 30 thn. saya ingin merawat nya agar saya dpt senyum dengan lebih sempurna. Apakah rawatan yg sesuai utk gigi saya? Saya mohon pertolongan doc utk mnyenaraikan jenis dan kos rawatan yg ssuai utk gigi saya. Apakah semua rawatan gigi mahal, doc? Di miri sarawak, brpkah kos rawatannya doc? runsing sgt.....tlg doc..k. terima kasih. if possible...saya minta doc, email terus ke isy202@gmail.com.
Assalamualaikum... hello doctor... I came across your blog while blog-hopping about a few months ago and i must say... great job!!! I am a Malaysian dental student studying in Indonesia... I was hoping to get tips and tricks on how to survive the dental course. If its not too much to ask can you post an entry regarding this issue. it would mean a lot to us dental students here...
Post a Comment